Pameran Pendidikan Tinggi Taiwan 2025, yang dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan, Malaysia (FAATUM), akan diadakan dari 21 April hingga 9 Mei di Yong Peng, Klang, Kuala Lumpur, Sungai Petani, Kota Kinabalu, dan Miri. Terdapat 65 universiti dari Taiwan akan menyertai pameran ini.
Wakil Phoebe Yeh dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran pada 19 Februari, dan menyatakan bahawa Pameran Pendidikan Tinggi Taiwan di Malaysia adalah salah satu acara pendidikan luar negara terbesar Taiwan. Wakil-wakil dari universiti Taiwan akan berpeluang untuk memperkenalkan maklumat pengajian terkini kepada para pelajar dan ibu bapa di Malaysia.
Menurut beliau, jumlah pelajar antarabangsa di Taiwan telah meningkat setiap tahun. Ia mencapai lebih daripada 123,000 pada tahun 2024, yang merupakan jumlah tertinggi dalam lima tahun kebelakangan ini. Daya saing Taiwan yang tinggi dalam pendidikan tinggi global tergambar dalam pendidikan berkualiti, yuran berpatutan, kebebasan akademik, rakyat mesra, kemudahan kesihatan yang berkualiti, serta persekitaran selamat dan mudah. Dengan itu, Taiwan adalah destinasi ideal bagi pelajar Malaysia untuk belajar.
Wakil Yeh juga menyampaikan penghargaan atas usaha dan sumbangan FAATUM dan persatuan- persatuan alumni Taiwan dalam mempromosikan belajar di Taiwan. TECO di Malaysia akan bekerjasama dengan institusi pendidikan Cina tempatan dan persatuan alumni Taiwan untuk menyokong pelajar mencapai impian, membangunkan bakat, serta memperkukuhkan hubungan Taiwan-Malaysia melalui pemupukan dan pertukaran modal insan.